Ruslan Mamat

Ruslan Mamat (1961 – 19 November 2020)[1] merupakan seorang komposer, konduktor muzik dan penerbit rakaman Malaysia yang berprolifik sebagai komposer dan penggubah lagu dangdut.[1]Sebelum menceburi bidang muzik, Ruslan memulakan kerjaya awalnya sebagai wartawan dan penyunting di Karangkraf untuk beberapa majalah termasuk Watan, Bacaria dan Media Hiburan.[2] Sepanjang kerjayanya sebagai komposer, beliau menggunakan nama anak keduanya, Nabila dalam setiap hasil karya nukilannya. Lagu-lagu hasil karyanya telah dipersembahkan oleh ramai penyanyi terkenal termasuk Amelina, Haiza, Mas Idayu, Eva, Ifa Raziah dan Ani Maiyuni.[3]Ruslan dimasukkan ke Hospital Serdang pada 5 Oktober 2020, namun keadaan kesihatannya mula merosot beberapa minggu kemudian.[2] Beliau meninggal dunia semasa tidur pada Khamis, 19 November akibat pelbagai masalah kesihatan termasuk masalah jantung dan paru-paru berair pada usia 59 tahun.[4][5]